Home > Author > > detail

Sheikh Abu Mohamed Rohimuddin Nawawi Jahari al-Bantani adalah seorang tokoh ulama muda. Mendapat pendidikan di Universiti Syarif Hidayatullah, Jakarta; Universiti al-Azhar, Kaherah; Universiti Kaherah, Kaherah dan Institut Liga Arab dalam Fakulti Adab, Bahasa & Sastera Arab. Antara guru-guru beliau adalah almarhum Sheikh Gad al-Haq Ali Gad al-Haq (Sheikh al-Azhar); Sheikh Umar Hasyim (mantan Rektor al-Azhar); Dr Sa'ad Sa'ad Jawis (muhaddis); almarhum Sheikh Abdullah Mohammad al-Hasani (Mursyid Tarekat Qadiriyah) dan Sheikh Dr Ali Jumah.

Almarhum ayah beliau, K.H. Nawawi Jahari adalah mursyid bagi Tarekat al-Qadiriyah-Naqshabandiyah. Beliau merupakan cucu cicit kepada wali songo agung asy-Syarif Hidayatullah bin Sultan asy-Syarif Abdullah Azmatkhan al-Husaini dan cucu saudara kepada almarhum Sheikh Nawawi Banten, seorang ulama Shafi'i terkemuka di Makkah yang pernah mengajar di Masjidil Haram antara tahun 1860 hingga 1870. Dalam Tarekat as-Shazuliyah ad-Darqawiyah al-'Alawiyah, beliau merupakan khalifah (muqaddam) kepada Sheikh Sidi Yusuf Muhyiddien al-Hasani.


the Works of