Home > Author > Pahrol Mohamad Juoi
1 " Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan "
― Pahrol Mohamad Juoi
2 " Dengan wang kamu hanya boleh membeli buku tetapi tidak boleh membeli ilmu. "
3 " Jangan hanya hiduptapi binalah kehidupanJangan hanya jadi manusiatapi milikilah sifat kemanusiaanJangan hanya mencari keperluantetapi burulah tujuanJadilah hamba Allahyang penuh rasa kehambaan !InsyaAllah, akan melimpah ketenangan ..... sekalipun sedikit kesenangan. "
― Pahrol Mohamad Juoi , Pesan Hati untuk Hati
4 " Me"manusia"kan manusia. Fikir dan zikir jangan dipisahkan. Fikir tanpa zikir tertipu. Zikir tanpa fikir keliru! Jangan mencari yang tersirat hingga menghampiri yang sesat. "
5 " Cinta yang dicari adalah baik, tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik. "
― Pahrol Mohamad Juoi , Tentang Cinta
6 " Acap kali sesuatu yang kita cinta menjadi sebab ujian daripada Allah..Justeru,cintailah sesuatu berpada-pada bila Allah uji kita dengannya..kita tidak terlalu menderita.. "
7 " Jika ingin membaiki dunia, kita perlu baiki manusia. Dan untuk baiki manusia kita perlu baiki hatinya. Untuk membaiki hati, kita mesti bermula dengan memperbaiki solat. "
― Pahrol Mohamad Juoi , Beduk Diketuk
8 " Teringat saya amaran daripada Imam al-Ghazali, bahawa jika solat dipersembahkan kepada Allah tanpa ada sebarang rasa, sama keadaannya dengan mempersembahkan bangkai yang tidak bernyawa. "
9 " Jangan kesal kalau diri tidak dihargai, tetapi kesalnya kalau diri benar-benar tidak berharga. "
10 " Tidak payah bersentuhan tangan, kerana mereka sudah bersentuhan hati. Tak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa. "
11 " Bila seseorang itu kerap jatuh cinta, ertinya dia belum berjaya mencintai diri sendiri. "
12 " Jangan trauma dengan pengkhianatan masa silam. Jangan bimbang dengan pengkhinatan masa akan datang. Tetapi binalah cita-cita besar yang mampu ’meremehkan’ semua itu. Dengan cita-cita besar kita akan menjadi raja. Bukan raja untuk berbangga tetapi raja yang mempunyai keyakinan diri dan kemurnian reputasi. Biarlah anjing menyalak bukit. Bukit tidak akan runtuh. Begitulah orang yang menikam kita dari belakang… kerana dia hakikatnya lemah penakut dan tidak punya keyakinan diri untuk bertarung secara berdepan "
13 " Jangan sesekali bergantung kepada sesama makhluk dalam soal rezeki. Bergantunglah kepada Allah. Bertawakallah kepada Allah dan berikhtiarlah dengan keupayaan sendiri. Jika tidak, kita akan dikecewakan. "
14 " Ingatlah, yang baik itu cantik tetapi yang cantik itu tidak semestinya baik! "
15 " Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan. "
16 " Kita tidak boleh mengubah sesuatu yang kita lihat, tetapi kita boleh mengubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tak dapat apa yang kita suka, maka langkah terbaik ialah sukalah apa yang kita dapat. Itulah syukur namanya! "
17 " Antara pilihan dan penentuan. Antara tadbir dan takdir. Antara kesempurnaan dan pencarian. Semuanya menagih kepada sikap berhati-hati. Jangan terlalu cepat, hingga tersadung. Jangan terlalu perlahan sehingga terlambat. "
18 " Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingnya "
19 " Usahakan sebaik tadbir, kemudian tunggulah sebaik-baik takdir "
20 " Fardhu ain itu umpama tapak. Fardhu kifayah pula ialah bangunan di atas tapak. Bangunan akan lemah, kalau tapak bermasalah. "