Home > Author > Saharil Hasrin Sanin
1 " Mungkin kerana manusia terlalu lemah untuk menghadapi realiti, maka kita bergantung kepada harapan. "
― Saharil Hasrin Sanin , Dentang
2 " Kata Emak, kita mudah terhibur dengan kepelikkan. "
3 " Kenapa kita asyik meminta-minta kepada Tuhan? Kenapa apabila menadah tangan, kita tidak berterima kasih sahaja. Cukup. Itu sahaja doa kita kepadaNya. Kenapa kita asyik meminta-minta sedangkan Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita? "
4 " Wajah saya emoji-emoji. "
5 " Apabila kami berkomunikasi, perbualan kami nipis perkataan, tetapi kaya dengan gerak geri, sarat dengan tanda baca, kesunyian yang hamil tanpa apa-apa kata. "
6 " Hanya ellipsis pada bibir saya. "
7 " Cuba fikirkan, pelangi adalah penyebaran seluruh warna di dalam spektrum cahaya. Berapa warnakah ada dalam spektrum cahaya? Jawapannya adalah dekat infiniti, bukan? Maka, jumlah warna pelangi adalah terlalu banyak sehingga infiniti juga. Mungkin tona warna dekat-dekat, maka otak manusia tak boleh bezakan.Masa sekolah bolehlah cakap 7 warna, sekarang sudah faham tentang spektrum, tak bolehlah memikirkan masih tujuh lagi. "
― Saharil Hasrin Sanin
8 " Untuk luka menjadi sembuh, engkau kena berhenti menyentuhnya. "
9 " Saya boleh dengar bunyinya, hati yang meretak, membisik, macam tilde-tilde. "
10 " Semua orang akan melukan engkau, semua orang akan membuatkan engkau kecewa. Yang itu engkau tak boleh nak elak, Dentang. Yang boleh engkau buat adalah memilih, luka dari siapa yang engkau sanggup tahan. "
11 " Jika kita bernikah dengan seekor marsupial, takkanlah mahu berkenduri bersanding besar-besaran. Apa nanti jiran kata? "
12 " Hadiah yang paling bermakna dibalut dengan hati. "
13 " Kekal bujang, kalau kau mahu. Jangan rusuh. Tunggu sahaja takdir siapkan kisah cinta engkau. "
14 " Zaman sekarang ini, orang hanya memikirkan yang negatif dan buruk-buruk dahulu, sebelum mengambil yang jernih. "
15 " Apabila kita hilang sesuatu, apabila Tuhan ambil sesuatu daripada kita, kita bukan hilang segala-galanya. Dia akan meninggalkan secukupnya untuk kita. Tuhan ambil sesuatu supaya kita sedar apa yang kita (masih) ada. "
16 " Burung bernyanyi riang. Angin berhembus sepoi-sepoi bahasa. Dan lain-lain klise. "
17 " Anak mata Emak mati sebelum Emak. "
18 " Mungkin ada manusia memang seleranya pada beruang. "
19 " Salinda, tak boleh ke engkau tak melalak dalam satu bab pun dalam novel aku ni? "
20 " Hiduplah macam tembakul, walaupun rumahnya penuh lumpur, sisiknya berkilat. "