Home > Author > Syed Hussein Alatas >

" Dr Mahathir mengatakan bahawa peradaban telah menekan segi peribadi Melayu ini, iaitu mengamuk. Walaupun demikian katanya, unsur ini merupakan bahagian daripada peribadi Melayu. (Halaman 118).

Sebetulnya unsur mengamuk yang diakui oleh kebudayaan bukanlah yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir. Dalam tulisan sejarah terdapat huraian tentang peristiwa mengamuk yang ertinya lain sama sekali. Yang dimaksudkan dengan mengamuk ialah suatu cara bertempur melawan musuh yang jumlahnya jauh lebih besar. Pahlawan yang mengamuk itu menyerang musuh, dengan cepat, membinasakannya, menimbulkan huru-hara dalam kalangannya, menunjukkan keberanian yang luar biasa. Keadaan jiwanya tidak terganggu. Ingatannya tidak hilang. Ia tidak menyerang anak, isteri, atau sebarang orang di jalan. Amuk pahlawan yang dilukiskan dalam sejarah Melayu adalah perbuatan yang waras, satu peribadi pahlawan Melayu di masa yang lampau, bukan letupan jiwa yang sangat tertindas merupakan perbuatan gila membinasakan manusia lain secara membabi buta. Daripada siasat dan tipu daya pertempuran perbuatan yang gila dan tidak teratur itu merugikan. Tidak pernah tenttera Melayu dahulu menggunakan pahlawan yang mengamuk secara gila. "

Syed Hussein Alatas , Siapa Yang Salah: Sekitar Revolusi Mental dan Peribadi Melayu


Image for Quotes

Syed Hussein Alatas quote : Dr Mahathir mengatakan bahawa peradaban telah menekan segi peribadi Melayu ini, iaitu mengamuk. Walaupun demikian katanya, unsur ini merupakan bahagian daripada peribadi Melayu. (Halaman 118).<br /><br />Sebetulnya unsur mengamuk yang diakui oleh kebudayaan bukanlah yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir. Dalam tulisan sejarah terdapat huraian tentang peristiwa mengamuk yang ertinya lain sama sekali. Yang dimaksudkan dengan mengamuk ialah suatu cara bertempur melawan musuh yang jumlahnya jauh lebih besar. Pahlawan yang mengamuk itu menyerang musuh, dengan cepat, membinasakannya, menimbulkan huru-hara dalam kalangannya, menunjukkan keberanian yang luar biasa. Keadaan jiwanya tidak terganggu. Ingatannya tidak hilang. Ia tidak menyerang anak, isteri, atau sebarang orang di jalan. Amuk pahlawan yang dilukiskan dalam sejarah Melayu adalah perbuatan yang waras, satu peribadi pahlawan Melayu di masa yang lampau, bukan letupan jiwa yang sangat tertindas merupakan perbuatan gila membinasakan manusia lain secara membabi buta. Daripada siasat dan tipu daya pertempuran perbuatan yang gila dan tidak teratur itu merugikan. Tidak pernah tenttera Melayu dahulu menggunakan pahlawan yang mengamuk secara gila.