Home > Author > >

" Ramai pengkritik sastera sekarang atau pengkritik moden pada masa lebih kurang lima puluh tahun yang lampau dilatih di dalam institusi pengajian (atau universiti moden di dalam bidang sastera dan sejarah sastera malah bidang kemanusiaan seluruhnya) dan mereka yang mendapatkan pembelajaran sekular serta mereka yang tidak pernah didedah kepada kepentingan dan keutamaan Rasul Islam di dalam tradisi sastera Islam, akan mendapati bahawa panggilan kepada 'seruan suci' ke atas Rasulullah sepertimana yang terkandung di dalam penulisan dan penerbitan sastera agak ganjil dan tidak realistik atau tidak lebih daripada cuma klise masa lampau melaung-laung kerana kehampaan.

Walhal sebelum zaman moden, setiap penyair atau pemikir Sufi, di dalam perbincangan-perbincangan mereka di dalam perkara apa saja pun, atau yang berkenaan dengan Islam, tidak akan meninggalkan atau menidakkan kepentingan mendekatkan diri dengan hakikat asal usul kejadian iaitu manusia utama yang digelar al-insan al-kamil (manusia sempurna walaupun makhluk). Bagi orang Islam, Rasul Islam adalah segalanya yang bermakna di dalam penciptaan. Tidak ada apa pun di dlam penciptaan yang tidak dikaitkan dengan Baginda dek kerana Baginda terlebih dahulu dikenali di dalam tradisi Sufi sebagai sumber segala jenis dan bentuk penciptaan; deminya yang dicipta awal itu telah diciptakan pula semua yang lain dan dia yang mulia itu adalah guru pada semua rasul dan nabi yang diutuskan Tuhan sebelum darinya; dia ciptaan yang awal dan terakhir sampai di dalam bentuk kejadian. "

, Al-Qasidah Al-Maymunah: (Qasidah Yang Berkat)


Image for Quotes

 quote : Ramai pengkritik sastera sekarang atau pengkritik moden pada masa lebih kurang lima puluh tahun yang lampau dilatih di dalam institusi pengajian (atau universiti moden di dalam bidang sastera dan sejarah sastera malah bidang kemanusiaan seluruhnya) dan mereka yang mendapatkan pembelajaran sekular serta mereka yang tidak pernah didedah kepada kepentingan dan keutamaan Rasul Islam di dalam tradisi sastera Islam, akan mendapati bahawa panggilan kepada 'seruan suci' ke atas Rasulullah sepertimana yang terkandung di dalam penulisan dan penerbitan sastera agak ganjil dan tidak realistik atau tidak lebih daripada cuma klise masa lampau melaung-laung kerana kehampaan.<br /><br />Walhal sebelum zaman moden, setiap penyair atau pemikir Sufi, di dalam perbincangan-perbincangan mereka di dalam perkara apa saja pun, atau yang berkenaan dengan Islam, tidak akan meninggalkan atau menidakkan kepentingan mendekatkan diri dengan hakikat asal usul kejadian iaitu manusia utama yang digelar al-insan al-kamil (manusia sempurna walaupun makhluk). Bagi orang Islam, Rasul Islam adalah segalanya yang bermakna di dalam penciptaan. Tidak ada apa pun di dlam penciptaan yang tidak dikaitkan dengan Baginda dek kerana Baginda terlebih dahulu dikenali di dalam tradisi Sufi sebagai sumber segala jenis dan bentuk penciptaan; deminya yang dicipta awal itu telah diciptakan pula semua yang lain dan dia yang mulia itu adalah guru pada semua rasul dan nabi yang diutuskan Tuhan sebelum darinya; dia ciptaan yang awal dan terakhir sampai di dalam bentuk kejadian.