Home > Author > Amir 'Izzuddin Muhammad
1 " Bacalah al-Quran, anda akan temui Surah an-Nisa’ (Wanita) dan Surah Maryam. Bacalah al-Hadith, anda akan temui perawi-perawi hadith dari kalangan Ummahatul Mu’minin seperti A’isyah r.ah.Dalami Sirah Nabawiyyah, pasti anda akan temui wanita seperti Khadijah at-Tohiroh r.ah selaku isteri Baginda yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan pada awal kebangkitan Islam, Sumayyah r.ah yang menjadi wanita pertama yang syahid dalam Islam, Fatimah az-Zahra’ r.ah selaku anak perempuan yang sangat taat, Ummu Sulaim r.ah yang meredakan emosi Baginda tatkala saat getir, Nusaibah r.ah yang melindungi Baginda dengan jasadnya ketika meletusnya perang Uhud, Khawlah al-Azwar r.ah yang berjihad menentang Byzantine ketika perang Yarmouk dan banyak lagi. "
― Amir 'Izzuddin Muhammad
2 " SYAIR YANG CANTIK DI MATAResmi orang bercinta,adanya kesetiaan,adanya ambil berat,Cinta sejati pula,tidak bertambah kerana kebaikkan,tidak kurang pula kerana kesalahan.Jodoh memang rezeki,sedangkan rezeki pula perlu diusahakan,tidak datang bergolek.Di dalam berusaha pula,banyak pilihan,pada pilihan hadirnya persaingan,Pada persaingan tersingkap kesungguhan.Yang cantik di mata,belum tentu berkenan di hati,Yang baik di hati,belum tentu zahir cantik di mata.Mata lalat nampak sampah,mata lebah nampak madu.Jika cantik itu hapus,harta itu habis,keturunan itu kurang,maka agama dan akhlak penenang jiwa,Maka soleh untuk solehah,solehah untuk soleh. "
3 " Siapa yang terbaik dalam menawarkan khidmatnya serta terhimpun pada dirinya ciri-ciri al-Qawiyul Amin, maka dialah yang layak untuk menang walau dari kelompok mana sekalipun dia datang. "
4 " mengapakah ibadah yang dilakukan seringkali bersifat egosentrik dan pentingkan diri sendiri? Sedarkah kita wahai Mahasiswa? Kita mahu ke syurga tetapi seorang diri. Hairan. Bukankah sepatutnya kesolehan ritual melahirkan kesolehan sosial? "